Apr 9, 2011

Home » , , » 7 Tempat Paling Menarik di Dunia untuk Dilawati | Switzerland di tangga ke berapa?

7 Tempat Paling Menarik di Dunia untuk Dilawati | Switzerland di tangga ke berapa?

Hari tu saya nak dah share mengenai 5 Negara Yang Paling Hijau, dan Switzerland berada di tangga kedua. Kali ni saya nak share ngan uols 7 tempat yang paling menarik di dunia untuk dilawati, meh kita tengok kali ni Switzerland di tangga ke berapa..hehe

7. New York, US (The City of Modern World) - New York yang juga dikenali sebagai The Big Apple adalah sangat sesuai bagi yang sukakan hiburan, nikmat membeli belah dan pengalaman hidup moden yang terbaik. Alami pengalaman seorang fashionista dan golongan elit seperti  Gossip Girl dengan mengunjungi Manhattan, kawasan elit terkenal dunia. Sebut sahaja, Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di sini. Bagi yang sukakan nikmat malam, nikmati keindahan malam kota di tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada jambatan terkenal itu.

New York city
Brooklyn Bridge pada waktu malam

6. Mexico (The City of Ancient Civilisation) - Di sinilah bermulanya peradaban yang sangat terkenal iaitu Maya. Maya meningkat popular dengan ramalan yang tepat seperti jangkaan kematian Abraham Lincoln. Dan kini, masyarakat dunia heboh dengan jangkaan 2012 dalam kitab purba masyarakat Maya sehingga terhasilnya movie 2012. Bagi yang ingin menambahkan ilmu dalam bidang peradaban purba dan masyarakat lampau, bolehlah melawat ke tempat-tempat seperti National Historic Park of Palengue yang merupakan kota lama peradaban Maya. Malah, tempat ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site.

Palengue, The Ruined City of Maya

5. Paris, France (The City of Love) - Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta adalah tempat terbaik untuk percutian paling romantik. Dengan diiringi alunan muzik violin yang mengasyikkan sewaktu makan malam yang indah bersama kekasih hati di restoran-restoran yang terkenal yang menjamu hidangan lazat dan menyelerakan. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan Eiffel Tower yang tinggi dan unik. Memang mempersonakan!

El Panteon Street, Paris
Eiffel Tower pada waktu malam

4. Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands) - Bagi sesiapa yang menyatakan Hawaii adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai, mungkin depa tak pi Greece lagi..hehe.. Ini kerana Greece adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan himpunan pulau-pulau yang menakjubkan. Santorini atau dikenali juga dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea). Kawasan ini terkenal dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit. Bayangkan percutian uols di waktu musim panas ditiup angin semilir yang bersepoi lembut menepisi muka sedang uols berbaring dibawah payung sambil menikmati jus tropikal di atas bangunan yang terletak dikaki bukit. Imagine pon dah meleleh ayaq liuq..hehe..

Pemandangan dari balkoni Hotel Santorini, Greece
Pemandangan pada waktu matahari terbenam

3. Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture) - Bagi yang meminati seni bina lampau, ini adalah tempat terbaik untuk uols. Selami dan hayati senibina terkenal di Granada & Seville, Sepanyol. Alhambra adalah antara tempat yang mesti dilawati di Sepanyol yang terletak di Granada. Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir. Di Seville, uols patut melawati Alcazar yang dulunya, menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon.

Seville Plaza
Alcazar Castle Segovia

2. Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style) - Amsterdam adalah tempat terbaik untuk dilawati bagi yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan. Selain itu, Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya disamping padang ragut rumput yang luas. Bayangkan uols berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan. Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila mengunjungi Amsterdam, uols boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini. Mengkagumkan. Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”.

Pemandangan pada waktu matahari terbenam
Amsterdam city pada waktu malam

1. New Zealand (The Best Natural Beauty) - Ha, uols peminat tegar filem Lord of The Ring? Mesti uols masih ingat tempat-tempat menakjubkan dalam filem tersebut, kalau uols nak tahu, New Zealand adalah tempat dimana ia dirakamkan. Kaya dengan khazanah semulajadi yang mengkagumkan, negara ini adalah kawasan tanah besar terakhir yang ditemui di dunia. Ia menghimpunkan budaya dan sejarah masyarakat Maori disamping peradaban Eropah yang berhijrah ke New Zealand. Banyak tempat menarik yang patut dikunjungi. Antara yang wajib adalah Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson (Mirror Lake), Hobbiton dan Rotorua.

Hobbiton Movie Set and Farm Tours, LOTR, New Zealand
Queenstown pada waktu malam

credit : DKDM


p/s : Mana Swiss? Tak tersenarai? Oh no.. I'm shocked.. hehehe.. Itu adalah ayat Mr Hadi bila dia nampak artikel ni.. Ala, rilekslah bang, ni ikut kategori pon.. Kalau ada kategori the best skiing place in the world ke, ataupun the best mountain view macam entri  Matterhorn | The Most Photographed Mountain in the World mungkinlah Swiss tersenarai..hihi

p/s/s : Antara banyak-banyak tempat yang tersenarai ni, kami pernah pi Paris je.. Memang cantik banget uols, feeling dia lain sesangat, rasa macam i'm in love sokmo..hehehe.. Nanti saya berkongsi mengenai trip kami ke Paris tahun lepas..ekeke..

p/s/s/s : Yang Greece tu, saya pernah tertengok cerita Korea + Taiwan, tapi suara dalam bahasa Taiwan (hoho..kalau dalam bahasa Korea mesti lagi beshh..) tajuknya tak silap Love in Aegean Sea ke ape, yang pasti ada Aegean Sea, ala yang Chae Rim jadi heroin tu, masa tu dia muda lagi comel jelita lagi.. Skang pon masih jelita lagi.. Memang cantik banget, birrruuuu je lautnya, tengok criter tu rasa cam nak pi je kat Aegean Sea ni, tapi masa tu taktau kat Greece..hehehe.. Ni dah dekat, ada chance nak pi ni, tapi $$ je yang kurang bagi chance ni..hehehe.. Yang New York pulak, memang saya sangat teringin nak pi, ni kes terjatuh suka dengan lagu New York by Alicia Keys, memang inspiring betullah.. Actually, tak semestinya NY, mana-mana tempat kat US yang best pon jadilah..hehehe..tengah bodek-bodek Mr Hadi agar wat Post Doc kat US, ekekek.. Macam boss bagi je cuti lelama..kikiki..

p/s/s/s/s : Berapa banyak p/s/s daa..hehehe.. Eksaited terlebih ni, maklumlah saya ngan Mr Hadi kan suka bab-bab langkah panjang ni, suka bebenau bab travel ni.. $$$ je yang kurang suka ngan kami..ahaks..

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

11 Comments
Comments

11 comments

Apr 9, 2011, 8:13:00 PM

Tempat yang paling fara nak pegi adalah NZ & Paris!! bila lar dapat g nie.. Satu lagi Pulau maldives!

Apr 9, 2011, 8:42:00 PM

mimpi je le yg mampu utk ke tpt2 ni. tu pun kalo mampu mimpi..tentah mimpi pun tak mampu..
awok ni takat cameron highland je lew kalo nak ke tpt sejuk dan berbukit bukau. :D

Anonymous
Apr 9, 2011, 10:47:00 PM

Suka lah kat tempat tangga ketiga. Barangan2 jadi puteri kat istana tu. Hehehe..

Apr 10, 2011, 9:54:00 AM

bestnye akak.. dni teringin nak g sana :)

Apr 12, 2011, 12:56:00 AM

@to all : kan..kan..memang menarik..bilalah dapat jejak ni..

Anonymous
Feb 5, 2012, 8:12:00 PM

.wow teringin nak pergi kt tmpt2 cm uh..
<3 it..

Dec 19, 2013, 3:48:00 AM

Bilalah nak merasa pergi tempat-tempat macam ni.

Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shakle

Anonymous
Apr 26, 2014, 12:26:00 AM

Nk pegi amsterdam

Oct 10, 2014, 10:40:00 PM

nak g turki..alamak macam tak tersenarai je tempat paling menarik di dunia..

Nov 2, 2015, 12:33:00 AM

semua tempat menarik

Nov 2, 2015, 12:33:00 AM

semua tempat menarik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...