Apr 2, 2011

Home » , , , , » Harga Petrol Ron97 di Malaysia Meningkat kepada RM2.70 | Harga Petrol di Swiss pula?

Harga Petrol Ron97 di Malaysia Meningkat kepada RM2.70 | Harga Petrol di Swiss pula?

Berkuatkuasa hari ni, harga petrol Ron97 meningkat sebanyak 20 sen menjadikan RM2.70 seliter. Adakah ia common thing selepas berlakunya pergolakan di Timur Tengah yang sememangnya penyumbang kepada minyak dunia? Hohoho, saya takleh nak jawab, tetapi setahu saya Saudi Arabia adalah penyumbang terbesar kepada minyak dunia. Ni yang saya kopipes dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu. 
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya ketika dihubungi di sini.

Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA

Kalau kat Swiss ni, yang ada, adalah Diesel, Ron98 dan Ron95. Yang pasti, Diesel lagi mahal kat sini, rasanya UK pon camgitu jugak, coz Diesel kan lagi banyak pencemaran, salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan Diesel kot, coz kat sini kereta yang medium pon ada yang pakai Diesel tau.. So, ada implikasi dak (tu dia..ayat skema keluar dah..hehehe)? Seingat saya, masa krisis Mesir hari tu, then harga minyak dunia naik kan, rasanya Swiss lambat sikit naik.. Naik tetap naik, tapi 1-2 minggu lepas Malaysia naik baru Swiss naik. Kali ni, tak taulah we'll see, setakat last week yang saya perasan, harga minyak Ron95 adalah CHF1.70 seliter. Sila jangan convert, kalau convert memanglah lagi mahal dari Malaysia, saya cakap ni based on yang mendapat gaji CHF la..

credit

Oh ya, kat sini harga minyak tidak dicontrol, maksud saya kat situ, harga minyak bagi setiap station tak sama.. Contohnya, kalau uols isi minyak kat highway, definitely akan lagi mahal dari harga station di bandar.  Dan hari tu, semasa kami pi Lugano, kat area suburb, harga minyak di sana paling murah pernah kami jumpa. Dan saya tengok harga kat UK pon, camgitu juga, tak sama untuk setiap station. Dan kalau kat entri travel kami ke Scotland, saya gitau yang kat sana, semuanya dirt cheap, tapi kali ni saya nak jelaskan, ada satu perkara yang Swiss lagi murah dari Scotland (and might be the whole UK), iaitu minyak..hoho.. Tapi beza dalam CHF0.20-0.40 seliter ajela..hehehe.. Tapi kira okla, ada jugak benda murah kat Swiss yang boleh berbangga..huhuhu.. 


p/s : Teringat kat cerita bapa mertua yang skang ni stay kat Jeddah, katanya harga minyak tersangatlah murah, lagi murah dari air..hohoho.. Sampaikan diorang tak kisah, enjin sentiasa on semasa pi bershopping. Tinggal kereta on camgitu je while gi shopping..hohoho..

p/s/s : Hari ni uols pi jenjalan ke mana? Ke ada yang mogok takmau kuar jenjalan sebab minyak mahal..hehehe..tak mungkin kan ada yang mogok jenjalan..hoho..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

4 Comments
Comments

4 comments

Apr 2, 2011, 1:51:00 PM

time harga baru naik ni kecohla...esok lusa senyaplah...hmmm

Skymatrix
Apr 2, 2011, 1:53:00 PM

rakyat didahulukan (menghadapi masalah...kesusahan...etc)

pencapaian (kroni) diutamakan...

aku bukan penyokong kerajaan mahupun pembangkang...

tapi pandangan aku dari dulu lagi rakyat malaysia senang digula2kan oleh menteri2 sampah yang nak jaga tekak dan tengkuk sendiri...

"kenaikan harga tidak membebankan rakyat"...kepala bapak diorang!!!

Apr 2, 2011, 3:24:00 PM

tue la pasal kak.. kita kt malaysia dah kene bersyukur sbb harga minyak masih lg stabil berbanding negara jitan kita

Nur Kasih The Movie : Sila klik untuk preview ringkas

Apr 5, 2011, 1:10:00 AM

@to all : mari sama-sama fikirkan..hehee..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...