Apr 29, 2011

Home » , , » Penyertaan dibatalkan | Apa pendapat uols?

Penyertaan dibatalkan | Apa pendapat uols?

Ha, mesti uols tertanya-tanya kan, apa kisah mengenai penyertaan dibatalkan? Penyertaan apa ni? Hehehe.. sesekali nak buat kontroversi..ekekeke..

Camgini, lately banyak kali saya terperasan, masa nak join contest dan giveaway, juga masa nak join segmen, pendek kata join apa-apalah yang berkaitan dengan blogging ni, sesekali akan terjumpa syarat kat bawah tu, contohnya kalau penyertaan kurang dari 20 orang, giveaway atau contest atau segmen ini dibatalkan secara automatik. Apa pendapat uols? 

credit

Apa perasaan uols, nak-nak lagi uols dah beriya-iya join contest atau giveaway atau segmen tersebut, dah buat sepenuh hati, dah habiskan masa, tenaga dan idea untuk membuat entri tersebut, tiba-tiba penyertaan uols terbatal sebab jumlah peserta tak cukup syarat? At least yang ni dah dimaklumkan awal-awal, so kita join dengan sedar akan risiko dibatalkan penyertaan.

Tapi yang ni, pada awal giveaway atau contest atau segmen itu dibuat, langsung tidak dinyatakan syarat mengenai jumlah peserta, alih-alih bila dah due, ada pemberitahuan menyatakan penyertaan dibatalkan sebab jumlah peserta tidak mencapai target.. Walaupun saya tak pernah lagi mengalami keadaan sebegini (minta2lah dijauhkan), tapi kalau terkena yang camgini, hahaha, rasanya tersentap juga mak nokss, hohoho.. tapi nak buat cemana kan, dah itu keputusan penganjur kan, nak sentap lelebih pon, kita join sebab suka-suka dan nak memeriahkan giveaway atau contest atau segmen tersebut..

Tapi bagi sayalah kan, kalau kes giveaway dan contest ni, tetiba kita terpaksa batalkan contest atau ga tersebut, sekurang-kurangnya kita rewardlah sikit kepada yang dah join, samada berbentuk backlinks ataupun bagi kelebihan kepada diorang ni untuk next contest or giveaway. Sian depa dah penat2 buat entri kan, lainlah kalau contest atau giveaway yang hanya perlu komen kan..

Untuk segmen pulak, contohnya segmen review ke, bloglist ke, ataupun apa-apa segmenlah, bagi saya, tak kisahlah kalau 2-3 orang je yang join, takkan nak batalkan penyertaan mereka.  Review jelah 2-3 blogger yang begitu semangat buat entri dan support uols buat segmen kan. Yang ni saya rasa sedikit tak logik di situ untuk batalkan dan tidak memberi reward pada yang join..hehehe.. 

Kalau uols, apa yang uols rasa?

Peace.. No war..

p/s : Kalau ada yang terasa, saya mohon maaf, bukan itu niat saya. Saya hanya melahirkan apa yang saya rasa dan yang saya fikir, sebagaimana saya juga pernah menjadi penganjur contest dan giveaway, dan juga baru nak berjinak-jinak dalam membuat segmen..hehehe..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

7 Comments
Comments

7 comments

Apr 29, 2011, 9:50:00 AM

kalo pasal CGL memang dah terkena banyak kali.. malas dah nak pikir.. haritue baru jer nak submit link teka-teki.. tiba2 dah kena remove.. geram gaklah.. sebab kata tutup 30 April.
kalo pasal segmen belum pernah jadi sebab baru nak berjinak2..
tapi kalo boleh jgnlah buat syart camtue.. kesian kepada yang dah join... sekruang-kurangnya buat penghargaanlah sebab dia dah support..

Apr 29, 2011, 10:55:00 AM

rasa x best!!!dah penat2 buat n3, dibatalkan lak..huhu...

lagi 1 ada gak n3 GA yg x penuhi syarat pun blh dibatalkan...huhu...nak wt cmne, tu hak penganjur...

Apr 29, 2011, 10:59:00 AM

sy pun setuju dgn sis tu..kita kena hargai pd mereka yg sudi memberi sokongan pd kita...kasila reward apapun...

Apr 29, 2011, 2:35:00 PM

sama perasaan mcm ko....setuju sgt

Apr 29, 2011, 4:37:00 PM

patutnya tak boleh lah macam tuh, dah niat buat giveaway kena la teruskan tak kira la dapat sambutan atau tidak. lain la kalau penyertaan kita tuh tak menepati syarat, takpe la nak dibatalkan.

Latest Entri :
Hal Remeh Tapi Kena Ambil Serius

Apr 29, 2011, 6:31:00 PM

betul tu kan kak, spttnya lg sikit penyertaan lg senang kita nk pilih pemenang..:)

Tp kalau terus batal mmg kesian la kat kawan2 yg join tu..

May 2, 2011, 10:14:00 PM

@to all : kan..kan..betul..betul..betul..heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...