May 12, 2011

Home » » ceritaindahkami.com Menerjah Aida Nasirah Punya Story

ceritaindahkami.com Menerjah Aida Nasirah Punya Story

Kali ni, saya sambung edisi menerjah, setelah menerjah Bicara Hati, kali ni tibalah giliran Aida Nasirah Punya Story untuk direview. Macam yang saya gitau kat SINI, apa yang saya review ni lahir dari hati, nak ambil ke takmo, ikut suka hati uols..hehehe.. Kalau ada tersalah kata, kalau ada rasa tersentap, maaf dipinta, bukan itu niat saya, hanya berkongsi dari pengalaman dan juga pemerhatian blog-blog yang famous amos..ekekek..

Tajuk blog ni memang jelas, trang tang tang menunjukkan yang blog ini kepunyaan Aida. Kalau ikutkan template dan kedudukan sidebar, memang cun dah.. Header pon saya suka, tapi sizenya agak besar dan storagenya bukan di blog Aida, tapi di photobucket ek, ini memberi efek juga pada proses loading blog. Seeloknya, header diembedkan dalam server blog terus.


Dari segi susunan widget pula, seeloknya iklan Nuffnang di sidebar berada di kedudukan paling atas blog (mengikut preference Nuffnangla.. kalau Aida tak concern sangat pasal iklan ni, then no problem). Gambar-gambar Aida sebaiknya disamakan size dan preferably kedudukan center (tak center pon takpe actually) supaya nampak lagi kemas dan teratur. 
Manakala banner-banner seperti faceblog dan banner kenkawan boleh diperkemaskan lagi, samakan size dan nak buat hide macam Miscellaneous di blog saya pon boleh, takpon macam banner GA & Contest di blog Ma Belle Conway pon boleh, supaya nampak lagi kemas dan sidebar tidak terlalu panjang serta mencepatkan proses loading. Untuk Blog Archive dan widget Lokasi Anda, Aida boleh pasang scroll box supaya sidebar nampak lagi kemas dan tidak melorot.

Cemana nak hide banner dan pasang scroll box kat Blog Archive dan Bloglist? Aida boleh tengok kat entri kat bawah ni di bahagian Tutorial..




Dan ini pula widget-widget yang tak perlu bagi saya untuk ada di satu-satu blog, tapi terpulang pada Aida sebab itu citarasa masing-masing kan. Widget jam dan tarikh, sebabnya dekat komputer masing-masing dah ada jam dan tarikh, unless kalau Aida tunjuk tarikh ikut bulan Islam ke, then bagi saya yang tu ok. Kedua, widget muzik. Ada sesetengah orang memang tak suka kalau ada muzik pada satu-satu blog, nak-nak bukan lagu kegemarannya. Bagi saya, saya tak kisah sebabnya saya suka silentkan komputer masa berblogging. Cuma, bila saya nak tengok video pada blog, yang tu memang tak best, sebab ada banyak bunyi. Cadangan saya, kalau Aida nak letak widget muzik, boleh.. Tapi better cari yang ada button pause, so that sapa yang taknak dengar boleh pause. Yang ni higly recommended..ngee..

Juga, welcome message yang pop up every time buka blog Aida, serasa sayalah tak perlu ada, sebabnya dah ada welcome message kat sidebar blog Aida. Malah, ada sesetengah blogger memang tak suka message pop up ni, sebabnya setiap kali reload page akan keluar, tapi ni ikut citarasa masing-masingla.. Pastu widget My Visitor, yang ni saya suggestkan Aida tukar dan gunakan Hitstat ataupun Google Analytics. Widgeo ni ada keburukannya, dan ada sesetengah blogger memang tak suka. Saya pernah buat entri mengenai hal ini, boleh rujuk entri kat bawah ni..


Kalau Aida taknak bagi sidebar terlalu melorot ke bawah (coz skang ni saya tengok panjang entri tidak balance dengan panjang sidebar), Aida boleh buat menu tab macam blog saya ni. Kat situ Aida boleh letak Formspring atau ape ape je yang Aida nak letak, mesti nampak lagi kemas.

Dari segi kotak komen, kalau ikut pembacaan saya, ramai yang prefer pop up, tapi ada juga yang prefer embedded. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kalau saya, saya prefer kalau kotak komen tu jenis pop up window..ngee.. Lagi, saya suka guna comment moderation, takut-takut terlepas pandang komen pada entri yang lepas-lepas (walaupun kekadang masih terlepas pandang juga..ngee) Mana tahu kot-kot ada pertanyaan yang penting kan.. Jadi saya syorkan pada Aida untuk gunakan comment moderation ni.. Tapi it's up to Aidala..ngee..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Aida, yang lain memang dah ok.. Keep on blogging yer.. Jangan patah semangat, blogging ni memang best. Aida takde share link entrinya, mungkin segan kot..ekeke.. Apapun, meh support Aida, meh ramai-ramai kita terjah blog Aida Nasirah Punya Story..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

1 Comments
Comments

1 comment

May 12, 2011, 11:52:00 PM

wah..memang terel la review blog orang..kalau free, meh review blog aku pulak..hehe..tolonggg

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...