May 23, 2011

Home » , , » Mesti Baca | Bahaya Seorang Blogger

Mesti Baca | Bahaya Seorang Blogger

Semasa duk berblogwalking, saya terperasan ada satu entri mengenai risiko dan bahaya menjadi seorang blogger. Seram tak dengar? Huhuhu, jangan main-main, silap tulis entri, kita berisiko untuk disaman. Meh kita tengok jenis-jenis entri yang boleh mendatangkan risiko untuk disaman..huhuhu.. Ni saya kopipes aje ni..

credit
Suka untuk saya kongsikan sebuah jurnal akademik bertajuk “BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?” yang ditulis oleh Sabrina Mohamed Hashim, Peguambela dan Peguamcara di Abdul Raman Saad & Associates.
Menurut beliau, perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminal seperti:
  1. Hak Cipta (Copyright)
  2. Tanda Dagangan (Trademark)
  3. Fitnah (Defamation)
  4. Hasutan (Sedition)
1. Hak Cipta
Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut:
  • (A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
  • (B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
  • (C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
  • (D) rakaman suara dan filem, seperti filem (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah. 
Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
  1. Cipta gambar, grafik, kod dan perkataan sendiri.
  2. Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
  3. Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.
Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tandan dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mestilah menulis penafian bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.

3. Fitnah
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslah berhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.

4. Hasutan
Penulisan blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di’quote’ di dalam akhbar atau buku seperti yang berlaku kepada Raja Petra.

Sumber dari Adam Roslan, dan untuk maklumat lanjut uols boleh klik link tersebut. Sebab tu lah, dalam penulisan dan juga dalam berblogging, tak boleh main sedap tangan je..hohoh.. 

Tapi kan, yang saya risau bebenau ni, saya kan suka je kongsi video-video youtube ni, nak-nak saya ada wat segmen Mari Belajar Bahasa French, kekadang tu saya suka share lagu-lagu yang saya suka contohnya American Idol 2011 ni, video persembahan terbaik Maharaja Lawak setiap minggu (yang ni paling saya seriau sebab baru-baru ni kan Astro tarik balik balik video kat Youtube) Bukan apa, saya ni suka ulang tayang kalau benda tu best, so bila dah dicompile dalam blog ni, senang, takyah nak mencari kat youtube dan tak membuang masa untuk search..huhuuhu..


p/s : Teringat kat blog Ma Belle Conway, saya ada share link untuk download cerita (tapi dah lama tak diupdate), tapi tu link kami sendiri yang upload.. Tu pon tak boleh ek? Uwaa..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

10 Comments
Comments

10 comments

May 23, 2011, 8:52:00 AM

pendek kata.. lebih baik kita cite hal kehidupan sekeliling kita je dari duk wat pasal benda yang berisiko macam campur tangan hal negara, politik, burukkan gambo orang, dll :)

Anonymous
May 23, 2011, 8:53:00 AM

wahhh bahayalah....penting nih....

Anonymous
May 23, 2011, 8:54:00 AM

minta izin nak copy tapi balik back link ke blog nih boleh x?if xboleh xpelah

May 23, 2011, 9:33:00 AM

bahaya ni...kita ni benda yg best mesti nak share je....

May 23, 2011, 10:25:00 AM

Biar betul...??? sy salu share2 video dr u-tube cth maharaja lawak... haizzz... p/s: kalo u-tube bg share, sy ttp akan share kt blog sy... :)

May 23, 2011, 10:53:00 AM

as long as klu kita copy ape2 info msti bg kredit..and quoted kan..means bkn idea kita la...

May 23, 2011, 11:37:00 AM

setuju dengan pandangan ardini tu !

May 23, 2011, 2:44:00 PM

huhuuuu... sebaiknya memang kena minta izin jika berkaitan gambar.. youtube pun satu hal gak.. kdg2 ade VC yg member buat, okay jer sbb dia izin, tp kalo trailer filem @ drama tu.. kalo depa tak letak kat youtube, makna nya x ade lah utk tontonan public...



n3 terbaru kakyong
Asmara 2 episod 12…. cepatlah hapuskan derita Zaliya
Menang strawberry white coffee GA Eyriqazz@GTO
NOra Elena–review episod 3

May 23, 2011, 8:11:00 PM

btul. mmg kena berhati2 dlm menulis blog ni.
kadang kita nyer review satu2 tpt pun bahaya gak. btul kita kena jujur tp jgn smpai menyampaikan sesuatu yg tak betul plak. tu yg sesilap leh kena saman tu.

Jul 5, 2011, 8:36:00 PM

@to all : kan, memang kena berhati-hati..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...