May 17, 2011

Home » , , » Resepi Kek Batik Yang Simple dan Sedap

Resepi Kek Batik Yang Simple dan Sedap

Oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak sabar nak balik Malaysia), jadi kali ni saya nak sharelah resepi kek batik yang simple dan sedap.. Gerenti nak lagi..hehehe..

Kek batik ni memang favorite saya.. Start bleh kenal ngan kek ni pon, masa sekolah menengah dolu-dolu. Masa tu minggu keusahawanan, setiap kelas kena menjual makanan, so one of my classmate buat kek batik, perghhh sedap seihh, terus jatuh cinta..hikhik.. Dan nak buat kek ni rupanya tersangatlah senang, main campak-campak aje..ekekeke.. Lagilah I loikeee..agagaga.. Moh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan..

Amacam, meleleh ayaq liuq dak?

BAHAN - BAHAN
  • Biskut Marie - 1 bungkus
  • Buttercup 250g
  • Milo - paket kecil 200g
  • Susu pekat manis - setengah tin (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan kuantiti)

CARA-CARA
  • Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
  • Panaskan butter di dalam kuali/periuk sehingga cair
  • Masukkan susu pekat dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukkan milo dan dikacau sehingga likat. 
  • Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
  • Sejukkan ke dalam peti ais, 
  • Dah sejuk boleh potong dan ngapp..hehehe

Oleh kerana saya ni peminat setia kismis, untuk kek batik saya (macam gambar kat atas tu..), saya ada masukkan kismis yang telah dipotong dua.. Sedaapp.. Uols boleh juga masukkan serbuk badam ataupun pecahan kecil badam untuk mempelbagaikan rasa..hehehe.. Selamat mencuba!!


p/s : Tak dapat nak credit, coz saya lupa ambil dari mana. Ni pon saya copy paste dari file resepi yang save kat komputer. Ada terjumpa satu lagi resepi, senang juga, cuma ada telur.. Nanti nak try buatlah, then saya akan update kat sini ek.. Adioss..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

11 Comments
Comments

11 comments

May 17, 2011, 4:17:00 PM

Sedapnyer kekbatik nie kak, mmg favorite Myra gak..
Agak2 Myra yg baru pas scope nieleh mkn x kek ni?? :)

May 17, 2011, 4:54:00 PM

wah...ni kesukaan zu ni...lau makan yg baru kuar dari peti ais..bestnya!!! nak wat nnti...

May 17, 2011, 5:28:00 PM

nyum...nyum...sedopnyerrrr...

May 17, 2011, 10:11:00 PM

kek batik mmg sedap!

nak balik malaysia ke? bestnya. nak balik gak..huhu..

May 17, 2011, 11:40:00 PM

wah, my fav ni, yg best kek batik ni boleh simpan lama dalam peties kan.. berminggu2 pun tahan

May 20, 2011, 11:00:00 PM

@to all : memang sedap kek batik ni, nak buat pon senang..

Jul 3, 2011, 6:39:00 PM

kalau letak dalam peti ais memang sedap

Anonymous
Oct 24, 2011, 9:27:00 AM

wahhhhh... macam sodap.. kalau tukar dengan biskut 4segi boleh dak?

Oct 28, 2011, 2:02:00 PM

kak.. amek resepi ni.. thanx ajar :)

Feb 2, 2012, 10:38:00 AM

sedapnya..nnti sy nk try buat la..hehe

Mar 9, 2012, 8:40:00 PM

salam,

Sedapnya, terima kasih kerana berkongsi resepi. hmmm bolehlah zaza buat hujung minggu ni. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...