May 10, 2011

Home » » Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai Segmen Khas ar-rifke.com : Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru.. Top Blogger ke? Ececece, idokler top blogger lagi, tapi sebab tengah kekeringan idea untuk tulis entri (banyak je benda nak criter, pasal gi travel, pasal Zahra, tapi nak mula ayat tu yang sampai berjam-jam..huhu), maka tu yang join segmen ni walaupun rasanya belum top-top lagi..ekekke.. Tapi blogger baru tu btui..ngee..

Oleh kerana segmen ni bertujuan untuk kenal mengenal, ada beberapa soalan yang perlu dijawab.. Zass..

Berapa lama dah blogging?
Kalau ikutkan, dah lama dah berblogging, bermula dari platform Friendster lagi, pastu off sekejap sebab busy ngan study.. Then bila dah kerja, sambung balik berblogging di platform blogspot, pada August 2007, blog pertama adalah Ape Ape Aje (yang kini dikenali sebagai Ma Belle Conway) tapi masa tu blogging syok sendiri..ekekke.. Kiranya tak terdedah dengan alam blogging ni..ekeke.. Sampaikan dalam setahun tu hanya ada 8 entri aje..ekeke.. Tapi bermula dengan blog baru pada 21/12/10, iaitu Notre Belle Histoire aka ceritaindahkami.com, saya mula serius berblogging..cheewahh..

Kenapa suka blogging?
Saya memang suka menulis, dan saya suka catat peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Bermula dari situ, bermulalah episod saya sebagai seorang blogger, kerana, selain dari dapat mengabadikan kenangan dalam hidup kami sekeluarga, melalui blog juga dapat menambah pengetahuan dan kenalan, selain tu mengeratkan tali perhubungan walaupun jarak beribu batu.. Kan best tu? Selain itu, dapat meluahkan pendapat dengan bebas tapi adab2 dan etika seorang blogger mestilah dijadikan panduan..

Blog kamu mengenai apa?
Blog ini diberi nama Notre Belle Histoire (ini bahasa French) yang bermaksud our beautiful stories, ataupun cerita indah kami bersempena dengan tujuan utama blog ini diwujudkan, iaitu untuk mengabadikan kenangan yang terindah (ecece..yang tak terindah mungkin turut dicoretkan juga..) dalam hidup kami sebagai tatapan di hari muka nanti, terutamanya kenangan menjadi perantau di bumi Swiss (pendek kata mengenai kehidupan kami..hehe) Juga, info-info yang berguna untuk pembaca blog ini dan sesekali kalau terlebih rajin akan mengupas beberapa isu yang dirasakan perlu untuk berkongsi, contohnya tutorial blog..ngeee..

Harapan dalam dunia blogging
Wahh..harapan ek? Kuikuikui..ape ek? Hmm, semoga dapat ramai kawan blogger sekaligus menjadi kawan di alam realiti..heheh.. Selain tu, semoga blog ini dapat menjadi salah satu blog kegemaran ramai selain daripada memberi input-input yang berguna pada uols..

Kalau uols nak join segmen yang besh ni, jom klik sini laju-laju.. Terhad sehingga 100 peserta..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

5 Comments
Comments

5 comments

May 10, 2011, 10:10:00 PM

wah seronok rasa nak join juga hee bee baru gak nih

May 11, 2011, 1:14:00 AM

memang nak join segmen ni...



http://solomolo.blogspot.com/

May 11, 2011, 8:44:00 AM

best nih..smoge jd top blogger baru nnt ^_^

May 11, 2011, 3:37:00 PM

Salam.. thx sebab join.. hehhehe..
terima kasih dan tahniah.. Sebab kamu tersenarai dalam list Top 100 New Blogger..

Teruskan berblogging dan jom enjoy! Hik4x.... :)

thx k...

May 16, 2011, 11:40:00 PM

@to all : jom pakat2 join..

@ibuaznoy : thanks..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...