May 30, 2011

Home » , , » Ujian Pap Smear | Uols pernah buat?

Ujian Pap Smear | Uols pernah buat?

Hehehe, kali ni pasal kewanitaan pulak iaitu mengenai ujian Pap Smear.. Yang lelaki, nak ambil tahu pon boleh, mana tahu suatu hari nanti memerlukan  ilmu pengetahuan ni untuk diceritakan pada isteri ke kann..ngee..

credit

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
    • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
    • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
    • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
    • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
    • Perokok
    • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. 

credit : KPMC Puchong

Ha, bercakap pasal ni, saya tak pernah buat ujian. Kenapa? Hmm, kalau nak kira banyak alasannya, antaranya lepas kahwin, takdan berapa bulan dah pregnant, pastu mai Swiss pulak, nak buat kat Swiss segan kalau-kalau dapat doc atau nurse lelaki, jawabnya balik ni baru nak buat..agagaga.. Tapi sebenarnya masih takut-takut dan segan lagi ni..agagaga.. Maklumlah, walaupun nurse or doc perempuan yang cek, still segan gak kan..agaga.. Masa beranak haritu lain, sebab dah sakit kan, tak kesah dah..

Tapi nak tak nak, kena buat jugak kan, lagipun ni melibatkan kesihatan diri kan.. Takkan kerana segan, kita nak compromise our health kan, lebih baik mencegah daripada berubat..huhu.. Dan mintak jauhlah daripada penyakit kanser ni kan.. Antara pembunuh utama wanita masa kini ni..huhu..

Uols pernah buat ujian Pap Smear ni? Mehla share kat sini, sakit tak? Agagaga.. Kalau ikutkan yang saya kopipes sebahagian isi dari sini, ianya tidak menyakitkan, tapi nakler jugak tahu pengalaman uols kan..
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

p/s : Dalam mode berdebar nak buat test ni.. Padahal tak buat appointment lagi..agagaga.. Sapa yang pernah buat kat JB ataupun Kelate, mehla suggest hospital mana yang besh untuk buat ujian ni..agaga


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

14 Comments
Comments

14 comments

May 30, 2011, 3:04:00 PM

patutnya tiap2 thn kena buat sebab nk check kot2 kalo ada kanser rahim ke...kita pn br 2x..1st time lps deliver 2007 then thn lps 2010 ada wt

May 30, 2011, 3:37:00 PM

erm.. buat lah kat LPPKN.. murah je.. kat hosp kerajaan pun bole.. eloklah buat kan..

May 30, 2011, 3:45:00 PM

Assalammualaikum.. nak share pengalaman saya masa buat pap smear 3 bulan lepas.. tak sakit pun. yang penting bawa bertenang and jangan fikir apa-apa yang menakutkan. fikirkan kesihatan kita je. saya buat kat klinik kesihatan kempas johor. free of charge.

nak dijadikan cerita, tak ada niat pun nak wat pap smear hari tu. kebetulan buat check up Ukasyah, terus nurse suruh buat pap smear.

Mula-mula cuak, gerun dan takut bercampur baur. siap nak lariiiiii lagi. tapi malulah kan dengan nurse.. sekejap je pun.. isi borang semua (borang sekejap je isi), then baring atas katil. Lembutkan kaki dan jangan sesekali keraskan kaki, tu yang buat jadi sakit tu. Ambik kita nya tisu ke ape, entahlah.. dah siap. Rasanya tak sampai 3 mint pun. Sekejap je.

keputusan dapat dalam masa sebulan. Kalau ada kanser ke apa ke, dorang call. Kalau takder apa2, takderlah dorang call.

Mula-mula dulu, ramai yang cakap kat saya pap smear sakit. Dah alami sendiri, langsung tak sakit pun. Tipulah orang-orang yang cakap sakit.

Buang rasa takut dan malu. Tu jer petuanya. hihi.

May 30, 2011, 3:45:00 PM

kalau belum kawin tak payah kan?

May 30, 2011, 4:11:00 PM

xsakit lngsung..msti buat..me dh buat time pregnant dulu ..hehe..

May 30, 2011, 4:20:00 PM

sy penah buat masa hampir nak bersalin dulu...malu mmg malu...nasib baik dpt doc pmpn...

ngilu skit la....agagaga....

May 30, 2011, 4:42:00 PM

saya belum buat..
takuttt..hihi

May 30, 2011, 11:02:00 PM

Tak penah try buat lg, takut pun ada sebab dengaq org cakap sakit.. Tapi sbg pompuan kita mmg patut kena chek kan...

May 31, 2011, 9:23:00 AM

hai Salam pekenalan..saya tgh cari info psl pap smear..dah 2 thn bsalin barun nak buat..huhuhuhuhu..

May 31, 2011, 3:39:00 PM

ibu syafiq penah buat msa tgh prgnantkn syafiq dlu.msa 2 syafiq 5bln dlm perut n tpksa kna tahan ward sbb ada bleeding.msa kt hosp ni lah wt pap smear.

1st nk check knp bleeding pn dia guna alat yg sma utk pap smear jgk.mmg memula malu gak.

yg geram'y doc x briefing apa2 pn.skali dia trus ja masukkn alat 2.mmg sakit + tkejut a smpai meleleh air mata.pastu lg skali wt pap smear plak.doc yg lain.pn sma.x briefing.main masuk ja alat 2.sib baik dh ada xperience yg 1st td.

act, x sakit pn...yg pnting kna tnya doc/nurse 2 cmna cara dia...cara pnafasan pn perlu...time dia masukkn alat kna relax ja x leh stress...ok ja...

Jul 6, 2011, 7:31:00 PM

@to all : thanks coz berkongsi pengalaman..me pon dah buat haritu..memang tak sakit, nanti me share pengalaman dan tips ek..

fatin
Jan 5, 2012, 11:54:00 AM

sy bru buat smlm...dh 13 tahun kawin x penah buat..sb takut sakit...bila buat smlm..hekeleh..x sakit langsung..bende tu masuk ada le lam 4 saat jer...pastu nurse tu kate...ok sudah...ha?sudah? cepatnye...kalu d suruh buat sebulan skali pun bolehh..hehehhe...apa2 pun tuk kesihatan diri ...ye tak

Anonymous
Jan 11, 2012, 1:40:00 PM

salam., sy pn dh buat selepas 9bln kahwin coz ader mslh period... xsakit pn sdikit nyilu jer.. cum sejuk2 jer.. hiihih, keputusan dye dpat time 2 jgk.. sy buat kat PPUM..alhamdulillah xder ape2 cume kilang telur sy xmatang so xdpt nk kuarkn period.. nie hujung bln nie ader appmnt lg ngn doc..

mdm rina
Oct 21, 2012, 11:55:00 PM

nak tnyalah,ambil result pap smear kalau di klinik2 swasta biasanya kene bayar lg tak?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...