Jul 6, 2011

Home » , , , » Resepi Cheesecake menggunakan Slice Cheese

Resepi Cheesecake menggunakan Slice Cheese

Hehehe.. oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak puas balik Malaysia hari tu + idea nak ngarang cerita ceriti semasa bercuti takde), jadi kali ni saya nak sharelah resepi cheesecake yang menggunakan slice cheese, menjimatkan tapi tetap sedap.

Cheesecake ni adalah salah satu kek favorite saya..nyum..nyum.. Kalau dolu-dolu, taksah kalau pergi Tesco tu tak beli cheesecake ni..hehehe.. Balik hari tu pon beli, tapi tak puas.. Masih teringat sampai skang ni.. Oh ya, sebelum saya berstory panjang, meh kita tengok resepi cheesecake yang diperbuat dari slice cheese aje..

aiyarkhh..setting kamera tak betui..maklumlah amatur lagi..ekeke

BAHAN-BAHAN
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA-CARA
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api perlahan, kacau mixture tadi dan biarkan slice cheese tadi cair. Pastikan uols sentiasa kacau mixture tadi yer.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Di tempat yang lain, asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (ni uols boleh google utk maksud yg tepat, tapi pemahaman saya kembang yang macam krim tu).
  5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, dan pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan menjadi rata. 
  7. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas, dan masukkan adunan kek di dalam acuan tersebut.
  8. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (kalau nak tahu boleh rujuk entri Resepi Oreo Cheesecake), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

My 1st Trial - Rasanya memang sedap, tapi taktaulah silap kat mana, bagi saya kek tu kurang cheesy, terlebih tepung gitu rasanya. Rupa dah sebijik, rasa je tak macam cheesecake Tesco yang lemak berkrim.. Mungkin silap saya yang 1st time buat kek ni, ataupun suami saya tersilap measure tepung (hahaha..kantoi..yer, bab-bab measure bahan, saya serah pada encik suami). Kalau ada yang buat kek ni mengikut resepi ni, nanti sharelah ngan saya hasil kek uols, mana tahu yang uols punya menjadi, maknanya suami saya silap measurelah tu..ekeke

My 2nd Trial - Hikhik, silap saya pada 1st trial tu, untuk step 6 tu, saya pi pukul, patutnya guna kaedah kaup balik.. Maklumlah, 'terlebih' rajin..hihi.. Untuk kali kedua ni, saya guna kaup balik & saya gunakan gula halus, menjadi seperti kek cheese Tesco.. nyum..nyum..


credit : perutkenyang

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

5 Comments
Comments

5 comments

Jul 6, 2011, 10:13:00 AM

wah! bestnye cheese cake.. tak tahan tengok ni..

Jul 6, 2011, 11:02:00 AM

TENGOK CHEESECAKE JE RASA NAK TERKAM T_T

Jul 7, 2011, 9:11:00 AM

sy buat cheesecake tak penah guna tepung..tu yg rich cheese je rasanya, tapi kek tak naik , pendek je..

Apr 12, 2012, 9:30:00 AM

gerenti jadi ke resepi ni.nak try lah

Apr 12, 2012, 9:31:00 AM

sedap ke kek ni? gerenti jadi ke...nak try lah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...